Site icon TechNave BM

Infinix Note 30 dan 30 Pro dilancar di Malaysia: AMOLED 120Hz, kamera 108MP, cas pantas 68W bermula RM699

Pada hari ini, Infinix Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan Infinix Note 30 yang terdiri daripada dua varian iaitu Infinix Note 30 dan Infinix Note 30 Pro. Untuk varian Note 30 standard, antara ciri yang paling menarik adalah kadar pengecasan pantas 45W yang boleh mengecas penuh bateri 5,000mAh dalam masa yang singkat.

Ia dilengkapi skrin LCD 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan menempatkan sebuah kamera swafoto 16MP. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G99 dan RAM 8GB. Kameranya mempunyai sensor OmniVision OV64B 64MP dengan dua lagi kamera 2MP.

Untuk Infinix Note 30 Pro pula, ia mempunyai spesifikasi tercanggih dalam siri telefon ini iaitu pengecasan pantas 68W, skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan sistem penyejukan kamar wap. Di samping itu, semua telefon dalam siri Infinix Note 30 mempunyai pembesar suara stereo yang ditala oleh JBL untuk menghasilkan bunyi yang jelas dan kuat.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Infinix Note 30:

Infinix Note 30

Infinix Note 30 Pro

Kepada yang berminat untuk membelinya, anda berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM20,000 termasuk Infinix TV X3, Infinix Inbook X1 dan Infinix XE 27. Selain itu, terdapat juga hadiah edisi terhad Infinix X MLBB Championship Note 30 Series Giftbox. Pemenang akan diumum pada 8 Jun ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version