Site icon TechNave BM

Siri Infinix Note 40 dilengkapi pembesar suara talaan JBL bakal dilancar 18 Mac ini

Infinix baru-baru ini mengumumkan kerjasama baharunya dengan jenama audio dan teknologi bertaraf dunia HARMAN, JBL. Kerjasama Infinix dan pakar audio terkenal di HARMAN adalah untuk merevolusikan pengalaman bunyi dalam siri NOTE 40 dengan Sound by JBL.

Langkah ini juga dapat mengintegrasikan pembesar suara dwi yang direka semula dan dibuat dengan teliti untuk menyampaikan kualiti audio yang lebih baik. Dwi pembesar suara dalam siri Infinix NOTE 40 telah ditala secara profesional oleh JBL untuk memastikan bunyi simetri 360° yang mendalam dan konsisten.

Tambahan, gabungan diafragma silikon daya tahan tinggi dan saiz rongga yang dioptimumkan telah menghasilkan peningkatan 58% yang luar biasa dalam prestasi bass dengan hasil bunyi yang lebih mendalam dan merdu.

Siri Infinix NOTE 40 dengan pembesar suara talaan JBL akan dilancarkan serentak di seluruh dunia termasuk Malaysia pada 18 Mac 2024. Ikuti perkembangan terkini mengenai Siri Infinix NOTE 40 di laman web rasmi Infinix Malaysia, Facebook, Instagram dan TikTok.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version