Site icon TechNave BM

Siri Infinix NOTE 40 Pro bakal terima 2 kemas kini Android, 36 bulan kemas kini keselamatan

Infinix mengumumkan dua peningkatan versi Android utama dan kemas kini keselamatan selama 36 bulan di seluruh dunia untuk siri Note 40 Pro termasuk Note 40 Pro 5G yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini pada harga RM1,098.

Infinix meletakkan kepentingan pada fungsi perisian dan komited untuk menyediakan pengguna dengan pengalaman yang stabil serta lancar untuk jangka masa yang panjang. Komitmen ini suatu yang baharu untuk pasaran telefon segmen pertengahan kerana telefon mesra bajet sering ketinggalan daripada segi kemas kini perisian.

Siri NOTE 40 Pro menggunakan sistem XOS berdasarkan Android 14 dan boleh menerima kemas kini sehingga Android 16. Langkah ini boleh menjadikan telefon Infinix antara telefon yang berbaloi untuk dibeli kerana harga dan kemas kini yang lebih lama. Semoga kita boleh lihat banyak lagi telefon dalam kategori mesra bajet hadir dengan kemas kini yang panjang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version