Site icon TechNave BM

Siri Infinix NOTE 50 5G rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan badan beraroma, bermula RM699

Infinix kembali dengan barisan telefon pintar terbaharu dalam siri NOTE 50 5G yang merangkumi NOTE 50 Pro+ 5G, NOTE 50S 5G dan NOTE 50X 5G. Tiga model yang dilancarkan seolah mempunyai satu misi iaitu memberi prestasi yang seimbang tanpa perlu berbelanja besar. Untuk pengguna biasa, gamer tegar atau pencipta kandungan, siri ini bawakan sesuatu yang menarik sesuai untuk semua.

Sebagai model utama, NOTE 50 Pro+ 5G hadir dengan cip MediaTek Dimensity 8350 Ultimate 5.5G dan skrin AMOLED 6.78 inci pada kadar segar semula 144Hz. Dalam ujian benchmark, ia berjaya melepasi 1.45 juta markah AnTuTu dengan mengalahkan beberapa peranti dengan Snapdragon 8 Gen 1+.

Ia turut menyokong pengecasan pantas 100W dan 50W wireless MagCharge yang hadir untuk bateri berkapasiti 5200mAh serta sistem penyejukan VC seluas 12,000mm². Fungsi lain termasuk kamera 50MP dengan sokongan OIS dan sehingga 100x zoom, sistem bunyi JBL speaker serta ciri AI seperti Folax, penulis AI terbina dan Bio-Active Halo untuk pantau kadar nadi.

Bagi yang nak prestasi lancar tanpa ciri berlebihan, NOTE 50S 5G mungkin lebih kena dengan gaya. Skrin 3D-curved AMOLED, kadar segar semula 144Hz dan cip Dimensity 7300 Ultimate menjadikan peranti ini cukup bersedia untuk gaming kasual atau menonton hiburan.

Menariknya, ia datang dengan Energising Scent-Tech™ yang merupakan kemasan kulit beraroma dalam warna Marine Drift Blue yang beri sentuhan unik dan bau segar. Kamera utama 64MP Sony IMX682 juga menyokong rakaman video 4K dan tahap ketahanan IP64 memberi ketenangan bila kena percikan air atau habuk.

Model paling mesra poket dalam siri ini ialah NOTE 50X 5G yang membawakan cip Dimensity 7020 Ultimate 5G, bateri 5200mAh, pengecasan pantas 45W dan skrin besar dengan ciri Active Halo Lighting untuk notifikasi yang lebih ekspresif.

Reka bentuk “gem-style camera” dan kemasan Sea Breeze Green juga tampil dengan aroma tersendiri menjadikan NOTE 50X 5G antara telefon pertama di pasaran dengan pendekatan deria dalam rekaan. Kamera utama 50MP, sokongan rakaman 4K dan kehadiran Infinix AI∞ menjadikan peranti ini cukup untuk kerja ringan, hiburan dan sosial media.

Spesifikasi lengkap NOTE 50 Pro+ 5G:

Spesifikasi lengkap NOTE 50S 5G:

Spesifikasi lengkap NOTE 50X 5G:

Setiap pembelian terpilih akan disertakan dengan hadiah promosi seperti Infinix AI Buds atau strap telefon bergantung pada model dan tempoh promosi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu model yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version