Infinix mengumumkan pelancaran rasmi siri Infinix NOTE 60 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ini di Malaysia dan menandakan pengenalan telefon pertama jenama itu dengan cip Snapdragon. Model utama dalam siri ini ialah NOTE 60 Pro yang dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 7s Gen 4 5G serta mencatatkan skor AnTuTu melebihi 1.1 juta.
NOTE 60 Pro tampil dengan teknologi Active Matrix Display iaitu sistem LED interaktif yang tersembunyi dan hanya aktif apabila diperlukan. Ia menyokong paparan notifikasi pintar, animasi interaktif termasuk “pixel pets” serta elemen visual yang boleh disesuaikan oleh pengguna.
Paparan utama pula menggunakan panel resolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz, tahap kecerahan puncak sehingga 4500 nits dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 7i. Skrinnya turut menyokong teknologi PWM zero-flicker dan penapisan cahaya biru rendah bagi meningkatkan keselesaan penggunaan jangka panjang.
Untuk kamera, NOTE 60 Pro dilengkapi kamera utama 50MP OIS Night Master Cam yang menyokong Ultra HDR, mod Live Photo serta pemprosesan AI untuk penambahbaikan imej dalam keadaan cahaya rendah. Baterinya pula berkapasiti 6500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W berwayar dan 30W wayarles.
Infinix turut memperkenalkan teknologi battery self-healing yang didakwa mampu mengekalkan kesihatan bateri sehingga sekurang-kurangnya enam tahun penggunaan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

