Site icon TechNave BM

Siri iPhone 12 dilengkapi sambungan Personal Hotspot yang lebih laju, 5GHz Wi-Fi

Sementara pengguna Malaysia masih belum menerima kehadiran siri iPhone 12 secara rasmi, beberapa pengulas teknologi di negara luar sudah mula memberi pandangan dan mengulas mengenai peranti baru ini. Menurut sumber, siri iPhone 12 dilengkapi sokongan sambungan Personal Hotspot 5GHz Wi-Fi.

Jika dibandingkan dengan generasi iPhone yang lepas, sambungan Personal Hostpot ini hanya disokong oleh sambungan 2.4GHz Wi-Fi. Pengguna siri iPhone 12 kini boleh menikmati sambungan yang lebih laju. Sumber menyatakan bahawa walaupun ianya lebih laju, tetapi jarak sambungan dari peranti yang disambung ke iPhone akan lebih dekat.

Tetapan 5GHz Wi-Fi untuk Personal Hotspot sudah ditetapkan secara lalai (default) dalam siri iPhone 12. Namun, anda boleh menukar kembali kepada 2.4GHz Wi-Fi melalui cara di bawah ini: Settings > Personal Hotspot > Maximize Compatibility.

Untuk pengetahuan anda, Personal Hotspot ialah perkongsian data selular dengan peranti lain contohnya data internet iPhone 12 dikongsi dengan MacBook. Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita menarik mengenai iPhone 12 disini!

Sumber: macrumors

Exit mobile version