Site icon TechNave BM

Siri iPhone 12 hasilkan 60% daripada jualan Apple pada suku pertama tahun ini

Data terbaru daripada Consumer Intelligence Research Partners menunjukkan bahawa jumlah jualan produk Apple di Amerika Syarikat (AS) didorong oleh penjualan siri telefon pintar iPhone 12, yang menyumbangkan 61% jualan keseluruhan untuk suku pertama 2021.

iPhone 12 biasa mempunyai jualan tertinggi dalam siri telefon tersebut dengan 21%, manakala iPhone 12 mini mempunyai jualan yang paling sedikit. iPhone 12 mini gagal mencapai jangkaan oleh Apple dan tidak mendapat sambutan oleh pengguna AS.

Walau bagaimanapun, jumlah jualan iPhone 11 juga meningkat, dengan 24% daripada jualan pada suku pertama 2021 berbanding 17% pada suku sebelumnya. Selain itu, iPhone SE yang dilancar pada tahun 2020 juga gagal mendapat sambutan yang tinggi, dan gagal mengatas jualan untuk iPhone XR yang dilancar pada 2018.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version