Site icon TechNave BM

Siri iPhone 12 mungkin boleh merakam video 4K pada kadar 240fps

Menurut source code yang terdapat dalam iOS 14 Beta 1, siri iPhone 12 bakal mempunyai kebolehan untuk merakam dalam 4K pada 240 bingkai sesaat (frames per second, fps). Maklumat ini diberikan oleh Everything Apple Pro dan Pine Leaks dalam Twitter.

Rakaman biasa mungkin akan dihadkan kepada 4K 120fps, manakala rakaman 4K 240fps mungkin adalah fungsi yang dikhaskan untuk rakaman gerak perlahan.

Pada masa ini, iPhone 11 boleh merakam video 4K namun hanya pada kadar 60fps, manakala rakaman pada kadar 240fps hanya boleh dirakam dalam resolusi 1080p.

Adakah rakaman 4K pada kadar rakaman yang lebih pantas adalah sesuatu yang diinginkan anda dalam iPhone seterusnya? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version