Site icon TechNave BM

Siri iPhone 13 mungkin dilengkapi gelungan magnet lebih besar untuk pengecasan wayarles berbalik

Dalam siri iPhone 12 pada tahun lepas, Apple telah memperkenalkan teknologi MagSafe di mana gegelung magnet (magnetic coils) dalam telefon pintar itu membenarkannya untuk dicas secara wayarles. Kini terdapat laporan bahawa iPhone yang seterusnya bakal dilengkapi gegelung magnet yang lebih besar untuk membenarkan pengecasan wayarles berbalik (reverse wireless charging).

Menurut pengkhabar berita teknologi Max Weinbach, gegelung magnet yang lebih besar itu akan membenarkan pelesapan haba untuk berlaku dengan lebih cekap dan telefon itu boleh dicas secara wayarles dengan kadar yang lebih pantas. Ia juga membenarkan telefon itu untuk mengecas peranti lain secara wayarles seperti Apple AirPods Pro.

Teknologi pengecasan wayarles berbalik telah dilengkapi dalam telefon-telefon Android sejak beberapa tahun lalu, oleh itu pengenalan teknologi ini dalam iPhone seterusnya adalah langkah yang amat bermanfaat untuk para pengguna iOS.

iPhone 13 Pro dan Pro Max mungkin dilengkapi teknologi kamera ultra-lebar yang baru

Di samping itu, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max pula dikhabarkan akan dilengkapi kamera ultra-lebar baru dengan penstabilan sensor bergerak (sensor-shift) dan prestasi penggambaran malap yang lebih baik. Lensa iPhone 13 Pro Max pula mungkin mempunyai saiz yang lebih besar berbanding lensa varian iPhone 13 yang lain.

Kongsi pendapat anda tentang khabar iPhone 13 ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Everything Apple

Exit mobile version