Site icon TechNave BM

Siri iPhone 14 mungkin bawa peningkatan kamera swafoto terbesar dalam sejarah

Apple tidak kerap dalam meningkatkan perkakasan pada kamera hadapan iPhone tetapi lebih fokus pada kamera belakang. Menurut laporan baharu, iPhone 14 kali ini dijangka membawa peningkatan terbesar dalam sejarah iPhone.

Penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo menyatakan bahawa iPhone 14 akan menggunakan sensor 48MP untuk kamera utama yang menyokong autofokus dan dilengkapi dengan apertur f/1.9. Autofokus dikatakan akan membawa peningkatan panggilan FaceTime, video dan penstriman langsung manakala apertur yang dipertingkatkan akan memberi kesan kedalaman medan (depth-of-field) kecil yang lebih baik dalam mod potret.

Kuo turut menjangkakakan iPhone akan datang menampilkan motor gegelung suara (voice coil motor/ VCM) yang membolehkan autofokus pada kamera hadapan. Ia akan mempunyai lensa 6P dan bukannya 5P untuk meningkatkan kualiti foto. 

Beliau juga mendedahkan pengeluar yang membekalkan bahagian kepada kamera di mana Sony membangunkan sensor, Genius dan Largan membuat lensa, Alps dan Luxshare untuk pesanan VCM manakala LG Innotek dan Cowell untuk Matriks Pembetulan Warna (Color Correction Matrix/ CCM).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: BGR

Exit mobile version