Site icon TechNave BM

Siri iPhone 14 mungkin hadir dengan paparan 6.1 inci dan 6.7 inci pada tahun 2022

Kini, terdapat laporan mengatakan bahawa Apple akan membatalkan model mini dalam siri iPhone 14 kerana sambutannya di bawah jangkaan Apple. Menurut LeaksApplePro, barisan iPhone 14 akan terdiri daripada dua peranti 6.1 inci dan dua 6.7 inci. 

Ming-Chi Kuo mendakwa bahawa siri iPhone 14 akan mempunyai model mini bergantung kepada jualan iPhone 13 mini. Beliau turut meramalkan bahawa Apple masih akan melancarkan empat model siri iPhone 14 pada tahun 2022. Dijangka kedua-dua barisan produk mewah dan rendah masing-masing membawa skrin 6.1 inci dan 6.7 inci.

Terdapat juga maklumat mengatakan iPhone 14 dan iPhone 14 Pro akan menggunakan skrin LTPS 6.06 inci manakala iPhone 14 Max dan iPhone 14 Pro Max akan hadir dengan skrin LTPO 6.68 inci. Dari segi konfigurasi teras pula, siri Apple iPhone 14 akan hadir dengan cipset Bionic A16 4nm baharu.

Seperti biasa, telefon asas iPhone 14 akan menggunakan dwi-kamera di bahagian belakang manakala ​​tiga model lain akan dilengkapi dengan tri-kamera. Kamera utama bagi dua model berprofil tinggi akan dinaik taraf mungkin menggunakan penderia 1/1.3 inci 48MP yang juga mungkin boleh digunakan untuk lensa ultra lebar. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version