Site icon TechNave BM

Siri iPhone 15 Pro dijangka beralih kepada butang ‘mute’ dan bukan lagi suis

Pada tahun ini, Apple akan melancarkan siri iPhone 15 yang membawa beberapa jenis model. iPhone 15 pasti membawa beberapa perbeazan dan peningkatan daripada iPhone 14. Kini, ia dilaporkan akan menggantikan suis senyapnya (mute) dengan butang senyap pada iPhone 15 Pro. Ini bermakna iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan membawa sedikit perubahan.

Maklumat ini dikongsi oleh ShrimpApplePro melalui TikTok. Imej-imej ini bukan sahaja menunjukkan butang senyap, tetapi beralih kepada butang keadaan fizikal untuk siri ‘Pro’ generasi seterusnya. 

Video tersebut menunjukkan bahawa siri iPhone 15 standard akan membawa butang fizikal dan suis senyap. iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan menyertakan butang senyap mereka di sebelah kiri bahagian atas. 

Nampaknya, butang tersebut kelihatan seperti perlu ditekan dan bukan ditolak seperti iPhone 14 standard. Selain itu, kesemua model iPhone 15 akan mempunyai persediaan Dynamic Island dan port USB-C di bahagian bawah.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber:  Android Headlines

Exit mobile version