Site icon TechNave BM

Siri iPhone 15 Pro mungkin tampilkan cip Apple A17 Bionic 3nm baharu

Seperti yang anda ketahui, siri Apple iPhone 15 akan dilancarkan dalam sebulan lagi. Tetapi khabar angin mengenai iPhone baru telah berleluasa dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Kami mendapat berita tentang kapasiti storan yang dipertingkatkan, butang baharu dan banyak lagi.

Menurut HT Tech, cip A17 Bionic akan dilengkapi pada model iPhone 15 Pro dan Pro Max menjadikannya peranti pertama yang menampilkan set cip 3nm. Sebaliknya, iPhone 15 dan iPhone 15 Plus kemungkinan besar akan kekal dengan cip A16 Bionic.

Walau bagaimanapun, keempat-empat model harus meningkatkan prestasi dengan membawa beberapa fungsi baharu. Asasnya, fungsi ketara seperti Dynamic Island pada siri iPhone 14. Harga siri iPhone 15 juga dikatakan meningkat lebih ~RM900 berbanding pendahulunya menjangkakan harga bermula ~RM5,099.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HT Tech

Exit mobile version