Site icon TechNave BM

Siri iQOO 10 akan dilancar pada 19 Julai 2022, tampilkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1

Hari ini, iQOO telah mengesahkan tarikh keluaran siri iQOO 10 yang terdiri daripada iQOO 10 dan 10 Pro. Melalui akaun Weibo rasminya, iQOO mendedahkan bahawa siri itu akan dilancarkan pada 19 Julai 2022 di China pada jam 7.30 malam waktu tempatan.

iQOO turut berkongsi video promosi untuk siri 10 dengan mempamerkan reka bentuk dwi-tona (dual-tone) di bahagian belakang. Ia diperkemas dengan kulit kecuali pada bahagian modul kamera yang dilihat diperbuat daripada kaca dan logam.

Dalam siaran Weibo yang berasingan semalam, iQOO berkata bahawa siri iQOO 10 akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snaprdragon 8+ Gen 1. Kedua-dua siaran Weibo juga menegaskan bahawa BMW dan IIIM Motorsport adalah rakan kongsi premium untuk siri telefon pintar kali ini.

Tidak banyak maklumat yang didedahkan oleh iQOO berkenaan spesifikasi dan harga siri telefon pintar tersebut. Nantikan 19 Julai ini untuk ketahui siri iQOO 10. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version