Site icon TechNave BM

Siri iQOO 10 mungkin telefon pintar pertama tampilkan cipset Dimensity 9000+

Sebelum ini, laporan mengatakan siri iQOO 10 ini mungkin menjadi peranti yang pertama dengan pengecasan pantas 200W. Kini, laporan baharu mendakwa barisan itu akan membawa cipset MediaTek Dimensity 9000+.

Baru minggu lepas, MediaTek mengumumkan cipset Dimensity 9000+ dan kini siri iQOO 10 dikatakan akan membawa cipset tersebut dengan jangkaan peningkatan prestasi berbanding siri sebelum ini. Cipset ini menampilkan CPU, GPU dan modem 5G yang lebih baik.

Laporan dari MyDrivers mendakwa salah satu telefon pintar iQOO 10 Pro akan dikuasakan oleh Dimensity 9000+ manakala varian lain akan menampilkan cipset Qualcomm. Sumber dari China memperoleh maklumat daripada Stesen Sembang Digital yang begkongsi maklumat mengenai peranti iQOO akan datang di Weibo.

Namun, maklumat ini masih tidak dirasmikan oleh syarikat tersebut. Kami menjangka akan terdapat butiran seterusnya tidak lama lagi sekiranya ia benar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version