Site icon TechNave BM

Siri iQOO 11 bakal dilancar di Malaysia: Tampilkan paparan rata dan tri-kamera dengan ISP vivo V2

Kehadiran siri iQOO 11 amat dinanti-nantikan oleh rakyat China dan Malaysia seperti yang ditulis dalam artikel sebelum ini. Siri iQOO 11 akan dilancarkan pada 2 Disember 2022, 2.30 petang dan sementara itu, beberapa butiran telah didedahkan. 

Telefon pintar siri ini akan menampilkan paparan rata dan unit tri-kamera dengan ISP vivo V2 di bahagian belakang. Ia membawa edisi warna yang diilhamkan oleh BMW M Motorsport di mana bahagian belakangnya berwarna putih dengan jalur tiga warna di atasnya.

Laporan telah mendedahkan bahawa iQOO 11 akan mempunyai paparan AMOLED 6.78 inci yang menawarkan resolusi 3200 x 1440 piksel, kadar penyegaran semula 144Hz, kadar pensampelan sentuhan 300Hz dan cip paparan bebas. Ia akan menampilkan kamera hadapan 16MP, tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, lensa ultra lebar 13MP dan makro 8MP.

iQOO 11 Pro berkemungkinan menggunakan reka bentuk belakang yang serupa dan dilengkapi dengan paparan sisi melengkung di bahagian hadapan. Berikut adalah video promosi untuk siri iQOO 11 yang akan datang.

Menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2 membawa RAM LPDDR5x, storan UFS 4.0 dan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W. Peranti akan menggunakan OriginOS 3 berdasarkan Android 13. Spesifikasi lain seperti NFC dan pengimbas cap jari dalam skrin.

Namun, masih tiada butiran rasmi mengenai iQOO 11 Pro. Walau bagaimanapun, ia dijangka hadir dengan paparan sisi melengkung, cipset Snapdragon 8 Gen 2, kamera yang lebih baik dan bateri 4,700mAh dengan pengecasan pantas 200W.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version