Site icon TechNave BM

Siri iQOO 8 5G dilancar: AMOLED 120Hz, Snapdragon 888+, cas pantas 120W bermula ~RM2,485

Siri telefon pintar andalan iQOO 8 5G telah dilancar di China, di mana salah satu variannya dilengkapi cipset Qualcomm tercanggih setakat ini iaitu Snapdragon 888 Plus. Ia terdiri daripada dua varian utama iaiti iQOO 8 5G dan iQOO 8 Pro 5G.

iQOO 8 Pro merupakan telefon pertama yang dilengkapi teknologi skrin Samsung AMOLED E5 LTPO OLED dengan resolusi 1440p dan kadar segar semula adaptif 120Hz. Skrin ini menyokong gamut warna DCI-P3 100%, warna 10-bit, keterangan 1,500 nits dan penggunaan tenaga lebih rendah sebanyak 25% berbanding E4. iQOO 8 biasa pula dilengkapi skrin AMOLED 120Hz berukuran 6.56 inci dengan resolusi Full HD+.

Siri iQOO 8 5G juga akan dijual dalam warna putih, di mana ia mempunyai penjenamaan BMW M dengan jaluran biru, merah dan hitam. Satu lagi pilihan warna adalah hitam dengan hiasan gentian karbon (carbon fibre).

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri iQOO 8:

iQOO 8 Pro 5G

iQOO 8 5G

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO 8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version