Site icon TechNave BM

Siri iQOO 8 sah hadir dengan cas pantas 120W, model Pro dengan cas wayarles 50W

Sebelum ini, terdapat berita bahawa siri iQOO 8 mungkin hadir dengan pengecasan pantas setinggi 160W. Namun, ianya sekadar khabar angin sahaja setelah iQOO mengesahkan bahawa siri iQOO 8 akan dilengkapi pengecasan pantas 120W.

Kedua-dua model dari siri ini akan menyokong pengecasan pantas 120W, sama seperti siri iQOO 7 lalu. Untuk model Pro, ia juga akan mempunyai pengecasan pantas wayarles 50W bersama pengecasan wayarles berbalik 10W. Dengan pengecasan sepantas 120W, anda dapat mengecas penuh bateri telefon kurang dari 30 minit.

Selain dari itu, siri iQOO 8 juga dijangka akan menggunakan cipset Snapdragon 888+, RAM 12GB, storan 256GB, kamera utama 50MP dan kamera ultra lebar 48MP. Siri ini juga mungkin hadir dengan edisi istimewa BMW M Sport.

Apa pun, mari kita tunggu dan lihat pelancaran iQOO 8 pada 17 Ogos ini di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version