Site icon TechNave BM

Siri iQOO Z7 5G dilancar di Malaysia: SD 782G, FlashCharge 120W, bateri 6,000mAh bermula RM939

Pada hari ini, iQOO Malaysia telah melancarkan dua telefon pintar kelas pertengahan iQOO Z7 5G dan iQOO Z7x 5G yang menawarkan prestasi gaming pantas pada harga yang berpatutan.

Antara ciri menarik pada iQOO Z7 adalah pengecasan pantas FlashCharge 120W yang boleh mengecas baterinya daripada 1% ke 50% dalam masa 9 minit sahaja. Ia turut dilengkapi cipset Snapdragon 782G yang menawarkan prestasi lebih pantas sehingga 13% berbanding Snapdragon 778G.

Bagi mengekalkan suhu telefon pada suhu terkawal, telefon ini dilengkapi Ruang Wap Penyejuk Cecair Super Konduktif untuk melesapkan haba dengan lebih efektif sewaktu bermain game. Selain itu, ia turut mempunyai Getaran Permainan 4D bagi menghasilkan tindak balas yang responsif daripada game.

Memori RAM pula boleh dibesarkan dengan teknologi Extended RAM3.0, di mana ia boleh dibesarkan lagi sebanyak 8GB untuk menghasilkan RAM keseluruhan sehingga 20GB.

Sementara itu, iQOO Z7x pula menawarkan bateri besar 6,000mAh, pengecasan FlashCharge 80W, kamera 50MP dan cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G. Walaupun ia tidak menawarkan Extended RAM, ia membenarkan tambahan storan menggunakan kad memori microSD.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon

iQOO Z7 5G

iQOO Z7x 5G

Harga promosi awal untuk kedua-dua telefon ini boleh didapati bermula hari ini sehingga 18 April 2023 sahaja. Ia boleh dibeli dari e-kedai rasmi vivo Malaysia, Shopee atau Lazada.

Pelanggan iQOO Z7 akan menerima jaminan lanjutan selama 1 tahun, perlindungan skrin 1 tahun dan hadiah percuma bernilai RM248, termasuk Program Diskaun Pelajar iQOO bernilai RM50, beg galas iQOO dan pemegang kunci Marshall. Pelanggan iQOO Z7x pula akan menerima jaminan lanjutan 1 tahun dan hadiah percuma.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version