Site icon TechNave BM

Siri iQOO Z7 bakal dilancar di Malaysia pada 10 April 2023

Pada pertengahan Mac, iQOO Malaysia mendedahkan bahawa peranti baharu akan dilancarkan di Malaysia. Nampaknya, preanti tersebut merupakan iQOO Z7 5G dan iQOO Z7x 5G yang akan dilancarkan pada 10 April 2023.

Memandangkan iQOO Z7 telah pun dilancarkan di India, berkemungkinan ia menampilkan spesifikasi yang sama seperti cipset MediaTek Dimensity 920 5G, RAM 6GB atau 8GB, storan 128GB yang boleh dikembangkan sehingga 1TB melalui kad mikroSD, bateri 4500mAh, pengecasan pantas 44W dan paparan AMOLED 6.38 inci dalam resolusi FHD+.

Selain itu, ia mempunyai dwi-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 64MP + bokeh 2MP manakala kamera hadapannya membawa sensor 16MP.

Bagi iQOO Z7x 5G pula, ia belum dilancarkan lagi tetapi ia dijangka akan menampilkan cipset Snapdragon 695, konfigurasi memori 8GB + 128GB dan paparan IPS LCD 6.65 inci dengan kadar penyegaran 120Hz.

Dalam pada itu, bahagian hadapannya turut menempatkan kamera swafoto 8MP manakala kamera belakang merangkumi kamera 50MP + 2MP. Baterinya mungkin berkapasiti 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W melalui USB-C. Pada masa ini, harga rasmi untuk iQOO Z7 ialah 23,999 Rupee (~RM1,286) dalam warna Norway Blue and Pacific Night.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version