Site icon TechNave BM

Siri iQOO Z7 bakal dilancar, dilengkapi dengan pengecasan pantas 120W

iQOO, jenama telefon pintar yang kini turut berada di Malaysia bersedia untuk melancarkan siri iQOO Z7 yang terdiri daripada model standard dan iQOO Z7x pada 10 April 2023.

Siri iQOO Z7 dengan slogannya ‘Born for Gen Z‘ sesuai untuk kalangan belia menampilkan ciri futuristik dan reka bentuk yang menarik. Kemudian, slogan “PowerZGiler” untuk iQOO Z7 menjadi telefon gaming dengan pengecasan pantas 120W menjadi keterjuaan orang ramai.

Pengurus Besar iQOO Malaysia, Jeremy Lin berkata bahawa mereka memahami permintaan unik pengguna Gen Z yang celik teknologi dan berorientasikan fesyen di Malaysia. Dengan ini, mereka ingin memenuhi jangkaan mereka dengan membangunkan standard baharu dalam industri telefon pintar dengan ciri-ciri canggihnya.

iQOO Z7 dilengkapi dengan ciri menarik seperti teknologi Extended RAM 3.0 12GB+ storan 256GB. Dengan ciri ini, pengguna boleh menikmati game berprestasi tinggi dan aktiviti intensif lain tanpa mengalami lag atau lengah.

Dari 3 hingga 9 April 2023, iQOO membuka program Minat Pendaftaran di mana pelanggan yang mendaftar layak mendapat e-baucar platform RM20 yang boleh digunakan pada hari jualan pertama pada 10 April ini.

Pelanggan yang membeli siri iQOO Z7 pada 10 April 2023 melalui E-Store rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi iQOO Malaysia di Shopee dan Lazada juga akan berhak untuk menebus lengan jari gaming iQOO.

Ketahui lebih lanjut mengenai pelancaran ini di FacebookInstagramTikTok dan laman web rasminya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version