Site icon TechNave BM

Siri JBL Authentics rasmi di Malaysia, hadir dengan “spinner” dan reka bentuk klasik

JBL yang merupakan pengeluar dan pakar peralatan audio terkemuka telah melancarkan barisan pembesar suara yang diilhamkan oleh legasi iaitu Authentic 200, 300, dan 500 serta meja putar Spinner BT di Jerayawara Heart of Sound di Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur.

Gandingan gaya klasik ini membawakan penampilan zaman dahulu dengan teknologi audio JBL abad ke-21. Barisan pembesar suara JBL Authentic tersedia dalam tiga variasi dengan JBL Authentic 500 ialah siri yang paling kaya dengan ciri seperti Wi-Fi dan pembesar suara pintar Bluetooth yang menyampaikan Dolby Atmos.

JBL Authentic 300 pula menawarkan bunyi mudah alih berprestasi tinggi dengan bateri 8 jam terbina dalam dan JBL Authentic 200 memenuhi mana-mana ruang dengan bunyi stereo seimbang yang kuat dengan tweeter 1″, woofer 5″ julat penuh dan radiator pasif 6”. JBL Authentic juga menampilkan pembantu suara daripada Amazon dan Google.

JBL Spinner BT terdiri daripada pinggan aluminium dan tonearm, alas tiang MDF hitam dengan aksen oren. Panel hadapan kontemporari dan penutup habuk berengsel menjadikan ianya menarik daripada segi estetika. Motor dengan sensor optik memastikan rekod dimainkan dengan sempurna mengikut masa pada 33.3 rpm untuk album atau 45 rpm untuk EP dan single.

Ia juga hadir dengan pengekodan Aptx-HD dan tonearm cangkerang boleh tanggal (hujung tonearm) membolehkan akses mudah kepada kartrij untuk penggantian atau naik taraf. Rangkaian pembesar suara JBL Authentic dan JBL Spinner BT kini tersedia untuk pembelian di kedai dalam talian JBL dan semua peruncit sah JBL.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan barisan pembesar suara JBL Authentic ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version