Site icon TechNave BM

Siri JBL Bar dilancar di Malaysia: Sokongan DTS:X 3D, Multibeam dan Dolby Atmos bermula RM2,399

JBL melancarkan siri bar bunyi JBL Bar 1300, JBL Bar 1000, JBL Bar 800, JBL Bar 500 dan JBL Bar 300 di “JBL Own Your Sound Experiential Roadshow” dari 17 hingga 21 Mei di IOI City Mall dengan kerjasama All IT Hypermarket. Terdapat beberapa aktiviti untuk keluarga  termasuk Cakar Manusia, Cabaran Tarian, Produk Peribadi, dan Gatchapon dan lain-lain. 

Barisan ini menawarkan pelbagai pilihan untuk dipilih oleh peminat hiburan termasuk bilangan pemandu up-driver, bunyi keliling DTS:X 3D, pembesar suara keliling tanpa wayar yang boleh dilepaskan dan subwoofer. Setiap JBL Bar menampilkan PureVoice Harman, teknologi yang menggunakan algoritma unik HARMAN untuk kejelasan suara.

JBL Bar 300
JBL Bar 500

Dalam pada itu, bar bunyi ini memberikan pengalaman 3D melalui pengembangan pada set bunyi sekeliling yang mantap dengan lapisan tambahan bunyi overhead. Setiap bar bunyi baharu juga membolehkan akses kepada lebih 300 perkhidmatan penstriman muzik dalam talian melalui AirPlay 2, Alexa MRM dan Chromecast binaan dalam.

Pengguna juga boleh sambungkan pautkan mana-mana rangkaian Bar JBL baharu dengan peranti berdaya pembantu suara dan minta Alexa, Google Assistant atau Siri untuk menstrim semua hiburan pilihan dengan serta-merta. Ia juga menggunakan bunyi keliling DTS:X 3D, Multibeam dan Dolby Atmos untuk mencipta pengalaman audio yang mendalam.

JBL Bar 1000
JBL Bar 1300
Produk SpesifikasiJBL Bar 1300JBL Bar 1000JBL Bar 800JBL Bar 500JBL Bar 300
Channels11.1.47.1.45.1.25.15.0 All-in-one
Power output1170W880W620W590W260W
Detachable rear channelsYesYesYesNoNo
Dolby Atmos®YesYesYesYesYes
DTS:X 3D surround soundYesYesNoNoNo
MultiBeamTMYesYesNoYesYes
Upfiring drivers64200
Subwoofer10” Wireless10” Wireless10” Wireless10” WirelessBuilt in
HARMAN PureVoiceYesYesYesYesYes
JBL One AppYesYesYesYesYes
Harga (MYR)7,9994,9993,9992,9992,399

Anda boleh dapatkan siri bar bunyi JBL baharu ini di Shopee, Lazada dan semua peruncit sah JBL. Ketahui lebih lanjut mengenai JBL Bar Series dan produk lain di laman web rasmi JBL di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version