Site icon TechNave BM

Siri komputer riba Lenovo ThinkPad baru beri lebih banyak pilihan kepada pengguna

Lenovo hari ini mengumumkan komputer baru dalam siri ThinkPad T, X dan L. Siri multimedia ThinkPad T akan dilengkapi skrin 14 atau 15.6 inci dan pemproses Intel Core vPro generasi ke-10 atau AMD Ryzen PRO 4000 Mobile. Pengguna boleh menikmati kandungan multimedia dengan pembesar suara Dolby Audio Speaker System serta paparan Dolby Vision untuk memberi pengalaman tontonan yang mengasyikkan.

ThinkPad T.

Sementara itu, ThinkPad X13 dan X13 Yoga pula ditujukan kepada penggunaan prestasi tinggi tanpa mengorbankan kemudahan mudah alih. Direka sebagai ThinkPad siri T yang lebih kecil, ThinkPad X13 dan X13 Yoga dilengkapi ciri-ciri yang serupa dengan ThinkPad siri T serta skrin PrivacyGuard ePrivacy untuk mengelakkan jelingan yang tidak diingini.

ThinkPad X.

Manakala ThinkPad siri L pula adalah untuk golongan profesional yang mengutamakan produktiviti tinggi. ThinkPad L14, L15, L13 dan L13 Yoga boleh dihubungkan pada rangkaian Wi-Fi 6 untuk internet yang pantas. Beberapa kekunci khas pada ThinkPad L14 dan L15 pula didedikasi untuk fungsi komunikasi di mana ia memudahkan pengguna untuk menyertai atau menamatkan mesyuarat dalam talian.

ThinkPad L.

Kesemua laptop di atas akan mula dipasarkan dalam suku kedua tahun ini dengan jurang harga daripada US$649 (~RM2,743) sehingga US$1,079 (~RM4,560). Setakat ini, masih tiada berita tentang harganya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan produk Lenovo ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version