Site icon TechNave BM

Siri LG TV evo OLED 2023 dapat pensijilan daripada Carbon Trust dan SGS untuk 3 tahun berturut-turut

LG Electronics (LG) mengumumkan bahawa siri TV evo OLED 2023 mereka telah memperoleh pensijilan Reducing CO2 dan Measured CO2 daripada Carbon Trust serta label alam sekitar daripada Société Générale de Surveillance SA (SGS) untuk tahun ketiga berturut-turut

Bahan-bahan ini menggunakan 40% plastik berbanding TV LCD dengan saiz skrin yang sama. Usaha ini telah mengekang penggunaan plastiknya sebanyak 20,000 tan tahun ini. Ia menggunakan bahan gentian komposit menyebabkan sekitar 20% lebih ringan daripada TV LCD bersaiz skrin yang sama. 

Selain itu, penutup belakang model LG OLED evo, TV QNED dan TV NanoCell yang dikeluarkan pada 2023 dilengkapi dengan bahan plastik kitar semula yang menggunakan lebih daripada 30% plastik terpakai. Usaha sedemikian memberi kesan kitar semula plastik sisa sebanyak 3,200 tan setahun yang hanya boleh dicapai dalam produk TV.

Sejak pelancaran awalnya pada tahun 2013, LG OLED terus meningkatkan usahanya dengan memperkenalkan teknologi paparan perintis seperti OLED evo, LG SIGNATURE OLED R dan LG OLED Flex yang boleh dibengkokkan. 

Kini, LG telah mendapat tempat dalam Indeks Dunia Kelestarian Dow Jones (DJSI World) selama 11 tahun berturut-turut dan telah menerima ‘gred Komprehensif A’ daripada ESG Evaluation and Rating Announcement of Korea ESG Standards Institute (KCGS) selama dua tahun berturut-turut.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version