Site icon TechNave BM

Siri Mi Pad 6 mungkin dilancar pada suku kedua 2023, tampilkan cipset Snapdragon 870 dan 8+ Gen 1

Siri Mi Pad 5 dijangka akan membawa penggantinya tahun ini iaitu siri Mi Pad . Mi Pad 6 membawa kod “pipa” dan model “M82” manakala Mi Pad 6 Pro membawa kod “liuqin” dan model “M81”. Ia akan menawarkan peningkatan yang ketara berbanding generasi tablet semasa.

Mukul Sharma baru-baru ini berkata bahawa kedua-dua tablet itu telah memasuki fasa ujian dalaman di Eropah. Beliau turut menambah bahawa tablet itu akan dikuasakan oleh cipset siri Snapdragon 8 dan dijangka dilancarkan pada suku kedua 2023.

Menurut sumber, Mi Pad 6 akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 870 dan Mi Pad 6 Pro akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Kedua-dua tablet itu akan menampilkan paparan 11 atau 12 inci dengan bezel yang nipis, dwi-kamera di bahagian atas kiri panel belakang. Ia juga dijangka membawa dua bateri.

Selain itu, Mi Pad 6 Pro mungkin menampilkan paparan AMOLED dengan 2880 x 1880 piksel dan kadar penyegaran semula 120Hz. Ciri lain termasuk empat pembesar suara, keserasian NFC, papan kekunci dan sokongan stylus dan banyak lagi.

Sekiranya ia dilancarkan pada suku kedua 2023, maka anda perlu bersiap sedia mulai April hingga Jun jika ia turut dilancarkan secara global. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: IT Home

Exit mobile version