Site icon TechNave BM

Siri nubia Red Magic 6 dilancar: Snapdragon 888, RAM 18GB, 120W, 165Hz bermula ~RM2,383

Terkini, nubia telah melancarkan siri telefon gaming terbarunya, siri nubia Red Magic 6 di pasaran China. Siri telefon gaming terbaru ini dilengkapi cipset andalan Snapdragon 888, menyokong cas pantas sehingga 120W dan spesifikasi skrin yang tinggi.

Siri baharu ini terdiri daripada nubia Red Magic 6 dan nubia Red Magic 6 Pro. Untuk pengetahuan anda, setakat ini peranti baharu ini adalah peranti gaming pertama yang hadir dengan kadar segar semula sehingga 165Hz. Ia juga memiliki kadar bacaan sentuhan sehingga 500Hz untuk satu sentuhan jari dan 360Hz untuk sentuhan lebih satu jari.

Berikut adalah spesifikasi siri nubia Red Magic 6:

nubia Red Magic 6 Pro

nubia Red Magic 6

Untuk pengetahuan anda, siri ini mempunyai ciri RAM Boost yang mampu mengoptimumkan prestasi RAM seperti RAM 18GB.

Setakat ini, siri nubia Red Magic 6 hanya dipasarkan di pasaran China sahaja. Kami masih ketiadaan maklumat berkenaan harga peranti ini di pasaran Malaysia, namun anda boleh menyemak harga di bawah sebagai rujukan.

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version