Site icon TechNave BM

Siri OnePlus 9 5G dilancar: SD 888, kamera ultra lebar 50MP Sony + Hasselblad bermula ~RM2,836

Terkini, OnePlus telah mengumumkan kehadiran peranti andalannya yang terbaru, siri OnePlus 9 5G pada peringkat global. Siri OnePlus terbaru kali ini hadir dengan OnePlus 9 5G dan OnePlus 9 Pro 5G.

Selain janaan cipset andalan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 888, ia juga dilengkapi pelbagai ciri fotografi yang menarik hasil kolaborasi bersama Hasselblad. Untuk menelusuri ciri eksklusifnya, anda boleh menyemak spesifikasi penting kedua-dua model.

OnePlus 9 Pro 5G

OnePlus 9 5G

Untuk pengetahuan anda, bateri 4500mAh pada siri OnePlus 9 5G ini mampu dicas penuh dengan Warp Charge 65W hanya dalam masa kurang dari 30 minit. Semestinya ia juga memiliki pelbagai ciri fotografi yang menarik seperti sokongan mod profesional hasil kolaborasi dengan Hasselblad, 12-bit RAW dan DOL-HDR pada versi Pro.

Setakat ini, hanya harga di pasaran India sahaja diumumkan memandangkan ianya bakal tersedia di negara India terlebih dahulu. Anda boleh merujuk harga seperti di bawah.

Apa pun, anda boleh menjangkakan maklumat mengenai kehadirannya di pasaran Malaysia dalam waktu terdekat. Adakah anda berminat dengan mana-mana model dari siri OnePlus 9? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version