Site icon TechNave BM

Siri OnePlus 9 akan dilancar di Malaysia pada 17 Mei

Siri telefon pintar andalan OnePlus 9 telah pun dilancar pada bulan Mac lalu untuk pasaran antarabangsa dan kini peminat OnePlus di Malaysia boleh menantikan pelancarannya di sini yang akan berlaku pada hari Isnin, 17 Mei.

Masih tidak pasti jika OnePlus 9 5G dan OnePlus 9 Pro 5G akan dilancarkan serentak atau berasingan. Berdasarkan pelancaran oleh OnePlus Malaysia sebelum ini, siri OnePlus 9 mungkin akan diumum pada hari esok dengan promosi pra-tempahan dan akan mula dijual beberapa hari kemudian.

Kedua-dua varian dilengkapi spesifikasi andalan seperti cipset Snapdragon 888, storan UFS 3.1, skrin AMOLED 120Hz, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 65W. OnePlus 9 Pro 5G dilengkapi teknologi kamera yang dibuat bersama jenama Hasselblad yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 50MP, kamera telefoto 8MP dan kamera monokrom 2MP.

Untuk maklumat penuh tentang siri OnePlus 9, baca artikel pelancarannya di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version