OnePlus secara rasmi telah melancarkan OnePlus Ace 5 dan OnePlus Ace 5 Pro sebagai pengganti model Ace 3. Menariknya, OnePlus tidak menggunakan nombor ‘4’ dalam siri ini kerana kepercayaan tetraphobia di China.
OnePlus Ace 5 Pro hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite, RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan UFS 4.0 sehingga 1TB. Telefon pintar ini menggunakan ColorOS 15 berasaskan Android 15. Ia menampilkan skrin AMOLED LTPO 8T bersaiz 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi 2780×1264 piksel dan kecerahan puncak 4,500 nits.
Ace 5 Pro dilengkapi tiga kamera belakang iaitu kamera utama 50MP dengan OIS, ultralebar 8MP dan makro 2MP selain ciri AI untuk mengedit imej. Telefon ini juga menyokong permainan pada 120 FPS dengan bateri 6,100 mAh serta pengecasan pantas 100W. Harga bermula daripada CNY3,399 (~RM2,086) hingga CNY4,699 (~RM2,884) dengan pilihan warna ungu, hitam dan putih.
Sementara itu, OnePlus Ace 5 menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri 6,415 mAh dengan pengecasan pantas 80W dan pilihan warna titanium, hitam serta celadon. Harga bermula daripada CNY2,299 (~RM1,410) hingga CNY3,499 (~RM2,150). Ace 5 kini dijual di China manakala Ace 5 Pro akan tersedia mulai 31 Disember.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri OnePlus Ace 5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini

