OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan kepada keupayaan fotografi serta ketahanan bateri untuk kegunaan seharian. Pada bahagian hadapan, siri ini dilengkapi kamera swafoto AI Ultra-Lebar 50MP dengan sudut pandangan 100 darjah.
Sistemnya turut menyertakan ciri AI Auto Wide-Angle Switch yang melaras sudut lensa secara automatik antara 1x dan 0.6x mengikut bilangan subjek dan fungsi Natural Tone untuk ketepatan warna kulit. Untuk fotografi, ia menggunakan sensor utama 50MP bersaiz 1/2 inci yang mampu menangkap 70 peratus lebih banyak cahaya disokong oleh algoritma AI Night Mode untuk penggambaran cahaya rendah dan ciri AI Popout.
OPPO A7 Pro Max 5G dibekalkan dengan bateri ultra-nipis bernilai 10,000mAh. OPPO mendakwa bateri ini mampu menyokong navigasi Google Maps sehingga 30.9 jam, panggilan video WhatsApp selama 14.7 jam dan permainan MLBB sehingga 15 jam. Model Pro Max menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC yang memerlukan 91 minit untuk pengecasan penuh.
Sementara itu, OPPO A7 Pro 5G memuatkan bateri berkapasiti 8,000mAh dengan pengecasan 45W SUPERVOOC yang mengambil masa 101 minit untuk dipenuhkan serta menyokong masa navigasi sehingga 27.97 jam. Kedua-dua model menyokong fungsi pengecasan berwayar berbalik untuk membekalkan kuasa kepada peranti luar.
Tawaran Deal Pack bernilai RM629 dijual pada harga RM50 bagi pembelian di Kedai Dalam Talian OPPO bermula 11 hingga 18 September 2026. Pembeli OPPO A7 Pro Max bakal menerima kupon hadiah OPPO Enco Air4 dan rebat RM200 manakala pembeli OPPO A7 Pro menerima kupon OPPO Enco Buds3 Pro dan rebat RM100.
Pembeli juga layak membeli aksesori tambahan seperti OPPO Portable Wireless Speaker pada harga RM149 atau OPPO Enco Buds3 pada harga RM99 bergantung pada stok. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

