Site icon TechNave BM

Siri OPPO Find X3 sah dilancar 11 Mac 2021, ini jangkaan spesifikasinya

Berita dan ura-ura mengenai siri OPPO Find X3 kini bakal sampai ke penghujungnya. OPPO telah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi siri OPPO Find X3 pada 11 Mac 2021 (waktu Malaysia 7:30 malam) di Beijing yang boleh disaksikan secara langsung di saluran YouTube OPPO.

Paparan posternya tidak mendedahkan apa-apa maklumat spesifikasi, tetapi anda boleh menjangkakan beberapa spesifikasi termasuklah dijana cipset Snapdragon 888.

Menurut OPPO, siri peranti andalan baharu ini memiliki teknologi paparan 10-bit Full-path Colour Management System yang memberi pengalaman penggunaan lebih baik. Tambahan pula, ia bakal hadir dengan prestasi resolusi skrin, kadar segar semula dan kadar dinamik yang baik untuk paparan.

Berdasarkan ura-ura lepas yang telah dimaklumkan, siri OPPO Find X3 turut dilapor memiliki kamera Sony IMX766 50MP, skrin OLED berukuran 6.7 inci 120Hz dan RAM sehingga 12GB. Anda boleh melihat berita penuh ura-ura siri OPPO Find X3 pada pautan biru yang disediakan.

Gambar ura-ura lepas

Adakah anda teruja dengan kemunculan peranti andalan dari OPPO ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version