Site icon TechNave BM

Siri OPPO Find X5 akan dilancar pada 24 Februari 2022

OPPO bakal melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru untuk tahun ini, OPPO Find X5, pada hari Khamis, 24 Februari 2022 jam 7:00 malam di China.

Selain itu, OPPO turut mengesahkan bahawa siri telefon ini akan dilengkapi cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 untuk prestasi terpantas. Telefon ini juga akan dilengkapi MariSilicon X Neural Processing Unit (NPU) iaitu cipset khas untuk prestasi fotografi yang lebih canggih dalam suasana malap.

NPU ini dibina dengan nod proses 6nm, pemprosesan fail RAW dalam masa nyata (real-time) dan rakaman 4K AI yang lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.

Sebelum ini, siri OPPO Find X5 dikhabarkan bakal dilengkapi skrin AMOLED 6.55 inci FullHD+ 120Hz, RAM LPDDR5 8GB, storan UFS 3.1 256GB, bateri 4,800mAh dan pengecasan pantas 80W. Kameranya mungkin mempunyai sensor Sony IMX766 50MP dan dibina bersama teknologi daripada syarikat kamera Sweden, Hasselblad.

Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung di laman web OPPO. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Find X5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version