Site icon TechNave BM

Siri OPPO Find X5 dapat pengiktirafan 3C, mungkin dilengkapi cas pantas 80W

Beberapa syarikat telefon pintar kini sedang mengusahakan telefon andalan terbaru mereka dan OPPO juga tidak terkecuali. Terbaru, siri telefon pintar andalan OPPO Find X5 telah mendapat pengiktirafan dari badan berkuasa China dan ia turut memaparkan maklumat pengecasannya.

Menurut maklumat daripada 3C (Compulsory Certification of China), siri Find X5 akan terdiri daripada OPPO Find X5 (PFEM10) dan OPPO Find X5 Pro (PFFM10). 3C juga mengatakan kedua-dua telefon bakal menyokong pengecasan pantas 80W (5-11V, 7.3A).

Kedua-dua peranti dijangka akan mempunyai bateri 5,000mAh. Sebagai rujukan, siri Find X3 sebelum ini mempunyai bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 65W.

Menurut gambar janaan komputer untuk telefon tersebut, Find X5 bakal mempunyai rekaan yang serupa dengan Find X3. Find X5 Pro dijangka akan dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1 manakala Find X5 akan dilengkapi Dimensity 9000.

Untuk kamera pula, ia mungkin akan terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 2x 13MP dengan sensor Samsung S5K3M5. Ia akan dibina dengan kerjasama syarikat kamera Jerman, Hasselblad.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Smart Price

Exit mobile version