Site icon TechNave BM

Siri OPPO Find X6 dilancar: Varian SD8 Gen 2 dan Dimensity 9200, kamera Hasselblad bermula ~RM2,920

OPPO telah melancarkan siri telefon pintar kelas premium yang terbaru dalam siri Find X di China iaitu OPPO Find X6. Ia terdiri daripada dua varian utama iaitu OPPO Find X6 dan OPPO Find X6 Pro, di mana kedua-duanya dilengkapi cipset yang berlainan jenama.

OPPO Find X6 dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9200 dan datang dalam dua varian memori iaitu 12GB+256GB dan 16GB+512GB. Skrinnya berukuran 6.74 inci dengan panel OLED LTPO dan kadar segar semula 120Hz untuk kualiti imej yang cantik.

Baterinya berkapasiti 4,800mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 80W. Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX890 dan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 50MP dan kamera periskop 50MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP.

Seperti Find X5 sebelum ini, ia dilengkapi cip pemprosesan imej MariSilicon dan teknologi kamera Hasselblad.

OPPO Find X6 Pro pula menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan menawarkan tiga varian memori iaitu 12GB+256GB, 16GB+256GB dan 16GB+512GB. Baterinya lebih besar iaitu 5,000mAh, manakala pengecasannya lebih pantas iaitu 100W secara berwayar dan 50W secara wayarles.

Skrinnya juga lebih besar daripada Find X6, di mana Find X6 Pro dilengkapi skrin 6.82 inci dengan kadar segar semula yang sama. Untuk kamera, ia mempunyai spesifikasi yang sama dengan Find X6.

Berikut adalah senarai harga OPPO Find X6 di China:

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version