Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno 10 muncul di SIRIM, bakal dilancar di Malaysia kelak

Siri OPPO Reno 10 bakal dilancarkan secara global tidak lama lagi kerana minggu lalu, OPPO Reno 10, Reno 10 Pro, dan Reno 10 Pro+ mula dipasarkan secara rasmi di pasaran China. Kini, ketiga-tiga peranti ini telah diluluskan oleh pensijilan SIRIM di Malaysia.

Seperti yang dapat dilihat dalam tangkapan skrin pensijilan SIRIM, Reno 10 dengan nombor model CPH2525, Reno 10 Pro dengan nombor model CPH2531 dan Reno 10 Pro+ dengan nombor model CPH2521 telah muncul dalam pangkalan data pihak berkuasa Malaysia. Penyenaraian SIRIM siri Reno 10 tidak mempunyai maklumat mengenai spesifikasinya.

Walau bagaimanapun, terdapat spekulasi bahawa ketiga-tiga telefon itu mungkin mempunyai spesifikasi yang sama yang tersedia pada telefon yang telah duilancarkan di China. Selain SIRIM, siri Reno 10 juga telah diluluskan di India, Indonesia, Singapura dan UAE.

Siri OPPO Reno 10 mempunyai paparan tepi melengkung AMOLED 6.74 inci yang menawarkan resolusi 1.5K+, kadar penyegaran 120Hz dan pengimbas cap jari dalam skrin. Siri ini menggunakan ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13. Ketiga-tiga telefon mempunyai kamera hadapan 32MP. Untuk spesifikasi lanjut, anda boleh klik di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version