Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno 3 diperkenalkan: Paparan 90Hz dan SD765 bermula dengan harga RM2004

OPPO dengan rasminya telah mengumumkan siri OPPO Reno 3 baru di China bermula dengan harga RMB3399 (RM2004) dan RMB3999 (RM2357) untuk versi Pro. Mengenai warna, siri peranti pintar ini tersedia dalam empat skema warna berlainan termasuklah putih, hitam, ungu dan biru.

Mengenai ciri spesifikasi, peranti dipertingkatkan dengan mod malam, zum optikal 5x dan naik taraf teknologi penstabilan imej yang mungkin dapat mengurangkan getaran kamera sebanyak 83%. Tambahan lagi, kamera selfie berhadapan mempunyai teknologi AI beautification yang membantu memperbaiki tona kulit semasa mengambil selfie.

Berkaitan paparan, siri OPPO Reno 3 dilengkapi paparan AMOLED 6.5 inci dengan nisbah skrin ke badan 92.1%. Bukan itu sahaja, paparan juga berupaya memaparkan sehingga 90Hz yang mana membuatkan peranti lebih responsif, imersif dan umumnya memberi pengalaman yang lebih baik semasa menggunakannya.

Selain itu, peranti juga menyokong OPPO empunya pengecas pantas, VOOC Flash Charge 4.0 yang berupaya mengecas peranti pintar sehingga 50% dalam masa lebih kurang 20 minit. Apa pun, masih tiada maklumat rasmi berkenaan tarikh pelancaran di Malaysia dan harga tempatan siri OPPO Reno 3 buat masa sekarang.

Ciri teknologi siri OPPO Reno 3 Pro

Ciri teknologi OPPO Reno 3

Adakah anda berminat untuk menyambar OPPO Reno 3 apabila ia tersedia di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan untuk kemas kini seperti ini, nantikan di TechNaveBM.com.

Terjemahan daripada TechNave.com

Exit mobile version