Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno 9 bakal dilancar pada 24 November ini

Siri OPPO Reno 9 dijadualkan untuk pelancaran pada 24 November pada 2.30 petang di China. Dengan hanya beberapa hari lagi untuk pelancaran, syarikat itu kini mengesahkan beberapa ciri utama siri Reno 9. 

Poster yang ditunjukkan di bawah mengesahkan bahawa siri OPPO Reno 9 akan mempunyai lensa mata kucing ultra-sensitif 32MP untuk kamera swafoto. Di bahagian belakang pula terdiri daripada kamera utama Sony 50MP yang menyokong penstabilan imej optik (OIS), lensa kedua 8MP dan lensa tambahan 2MP.

Siri Reno 9 juga akan dilengkapi dengan enjin pengkomputeran potret dwi-teras MariSilicon untuk peningkatan kualiti fotografi seperti yang terdapat pada OPPO Find X5 Pro. Paparan rasmi siri Reno 9 yang muncul minggu lalu mendedahkan bahawa hanya Reno 9 Pro+ akan mempunyai unit tri-kamera manakala Reno 9 dan Reno 9 Pro dilengkapi dengan dwi-kamera di bahagian belakang. Selain itu, cip MariSilicon hanya digunakan pada varian Pro.

Laporan telah mendedahkan bahawa OPPO Reno 9 akan mempunyai kamera utama 64MP dan lensa kedua 2MP manakala Reno 9 Pro dijangka menampilkan kamera utama Sony IM890 50MP dan lensa ultra lebar 8MP.

Reno 9 mungkin mempunyai cipset Snapdragon 778g plus, Reno 9 pro dengan Dimensity 8100-max dan Reno 9 Pro+ pula dengan Snapdragon 8+ Gen 1. Reno 9 dan 9 Pro berkemungkinan dilengkapi bateri 4,500mAh dengan pengecasan 67W. Reno 9 Pro+ pula dijangka menyokong pengecasan 80W. 

Ketiga-tiga telefon ini menampilkan paparan FullHD+ berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz, sisi melengkung dan pengimbas cap jari bawah paparan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version