Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno10 5G akan dilancar di Malaysia pada 6 Julai 2023

Nampaknya, tarikh pelancaran siri OPPO Reno10 5G telah diumumkan secara rasmi oleh OPPO Malaysia melalui Facebook. Syarikat pakar potret itu akan melancarkan siri OPPO Reno10 5G pada 6 Julai 2023, jam 11 pagi. Seperti dalam poster, terdapat artis jemputan terkenal iaitu Nazrudin Rahman, Ian Teh dan Zahirah Macwilson.

Siri OPPO Reno10 telah dilancarkan di China bulan lepas. Terdapat tiga model secara keseluruhan, Reno 10, Reno 10 Pro dan Reno 10 Pro+ yang dilengkapi dengan cipset andalan Snapdragon 8+, menyokong pengecasan pantas 100W, bateri 4,700mAh dan 16GB+512GB bermula dari 2,499 yuan (~RM1,624).

Apakah spesifikasi yang ditawarkan untuk siri ini di Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version