Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno11 5G dilancar di Malaysia: Ultra-Clear Portrait Camera, Dimensity 8200, cas pantas 80W bermula RM1,899

Pada hari ini, OPPO telah melancarkan siri telefon pintarnya yang pertama untuk 2024 iaitu OPPO Reno11 5G dan OPPO Reno11 Pro 5G. Seperti telefon siri Reno pada tahun-tahun sebelum ini, siri Reno11 mengetengahkan fungsi fotografi mod potret yang sangat cantik untuk para pengguna.

Ia dilengkapi sistem fotografi Ultra-Clear Portrait Camera System yang terdiri daripada kamera utama 50MP (dengan sensor Sony IMX890 pada Reno11 Pro atau sensor Sony LYT600 pada Reno11), kamera telefoto 2x 32MP dengan sensor Sony IMX709 dan kamera ultra-lebar 8MP.

Kameranya mempunyai Portrait Expert Engine yang boleh mengambil gambar mod potret yang jelas dalam zum 1x atau zum 2x. Ia akan memproses gambar potret dalam empat tahap iaitu:

Di hadapan pula, ia mempunyai kamera swafoto 32MP dengan sensor Sony IMX709 untuk kualiti potret yang setaraf dengan kamera di belakang. Ia turut mempunyai pemprosesan AI Portrait Retouching untuk melaraskan unsur-unsur seperti bayang, warna bibir dan struktur muka untuk menghasilkan gambar potret terbaik.

Kameranya juga boleh merakam dalam resolusi 4K pada kamera utama dan kamera hadapan, serta menyokong fungsi penstabilan imej optikal (OIS).

Selain kamera, siri Reno11 juga didatangkan dengan sistem antara muka (UI) baharu OPPO iaitu ColorOS 14 berdasarkan Android 14. Ia menawarkan pelbagai fungsi baharu seperti File Dock yang menawarkan folder lutsinar, Smart Touch yang boleh menyalin imej dan teks daripada tangkapan skrin (screenshot) dan Smart Image Matting yang boleh memotong subjek dalam gambar atau video.

Untuk menghasilkan pengalaman penggunaan yang lancar, ia mempunyai Trinity Engine yang terdiri daripada ROM Vitalisation untuk membuang fail yang tidak diguna, RAM Vitalisation untuk membenarkan penggunaan sehingga 28 aplikasi serentak dan CPU Vitalisation untuk menyesuaikan telefon dengan amalan penggunaan harian untuk pengalaman lebih lancar dan bateri yang lebih lama.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri OPPO Reno11:

OPPO Reno11 5G

OPPO Reno11 Pro 5G

Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini sehingga 25 Januari 2024 dan setiap pelanggan yang membuat pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai sehingga RM476. Berikut adalah senarai hadiah yang akan diberikan:

Layari laman web OPPO Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang Reno11 dan Reno11 Pro. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version