Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno11 5G mungkin akan dilancar pada 11 Januari 2024

Siri telefon pintar kelas pertengahan OPPO Reno11 5G telah diperkenalkan buat kali pertama pada bulan November 2023 di China, dan kini ia mungkin akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pula pada hari Khamis, 11 Januari 2024.

Menurut pengkhabar berita teknologi Ishan Agarwal, siri Reno11 akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada 11 Januari yang mungkin dipilih kerana ia sepadan dengan nombor 11 dalam nama telefon tersebut.

Untuk pasaran Malaysia pula, OPPO masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya namun pra-tempahan sudah pun dibuka dan akan berlangsung sehingga 10 Januari 2024. Memandangkan tempoh pra-tempahan akan berakhir pada 10 Januari, logik untuk kita andaikan bahawa siri Reno11 akan dilancar pada hari seterusnya iaitu 11 Januari.

Anda boleh lihat maklumat penuh untuk OPPO Reno11 dalam artikel pelancarannya yang diterbitkan pada November lalu. Selain itu, jika anda membuat pra-tempahan untuk siri Reno11 sekarang, anda boleh dapat hadiah eksklusif bernilai sehingga RM576. Layari laman web ini untuk maklumat lanjut mengenainya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Reno11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version