Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno13 merupakan telefon pertama rasmi di Malaysia tahun ini pada 7 Januari

OPPO Malaysia bakal mencipta sejarah dengan menganjurkan Pertunjukan Fesyen Teknologi Kolam Renang yang pertama di Malaysia pada 7 Januari 2025, jam 11:00 pagi menerusi laman rasmi Facebook OPPO Malaysia. Pertunjukan unik ini juga menjadi sebahagian daripada acara pelancaran bagi siri baharu OPPO Reno13.

Acara ini menjanjikan persembahan luar biasa di mana kolam renang akan dijadikan pentas utama untuk memadukan teknologi dan fesyen dalam satu pertunjukan yang memukau. Lebih menarik, bintang renang Malaysia, Welson Sim, bersama selebriti popular seperti Janna Nick, Dini Schatzmann dan Minluna akan turut memeriahkan acara ini.

Penonton bukan sahaja dapat menyaksikan pertemuan antara fesyen dan teknologi, malah berpeluang melihat dengan lebih dekat ciri-ciri dan reka bentuk terkini yang ditawarkan oleh siri OPPO Reno13. Ikuti laman Facebook OPPO Malaysia dan sertai acara yang pastinya akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version