Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno14 dilancar di Malaysia: AMOLED 120Hz, Dimensity 8450, cas pantas 80W bermula RM1,399

OPPO Malaysia hari ini memperkenalkan tiga model terbaru dalam siri telefon pintar kelas pertengahan Reno iaitu OPPO Reno14 5G, OPPO Reno14 Pro 5G dan OPPO Reno14 F 5G. Telefon ini menawarkan fungsi fotografi yang canggih dengan AI Flash Photography serta mempunyai rekaan Iridescent Mermaid Design yang unik.

Rekaan belakangnya dibuat dengan Iridescent Glow Process untuk untuk menghasilkan permukaan yang berkilauan dengan corak menawan. Reno14 dan Reno14 Pro mempunyai bahagian kaca One-piece Sculpted Glass dan rangka aluminium bertaraf aeroangkasa untuk ketahanan yang tinggi, serta rating kalis air dan debu IP66/68/68.

Skrinnya menggunakan panel AMOLED dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz, kedalaman warna 10-bit dan pengiktirafan HDR10+. Semua varian Reno14 mempunyai saiz yang berlainan, di mana Reno14 F mempunyai saiz 6.57 inci, Reno14 dengan 6.69 inci dan Reno14 Pro dengan 6.83 inci.

OPPO Reno14 5G
Skrin OPPO Reno14 5G

Untuk kamera, Reno14 dan Reno14 Pro mempunyai sistem triple-flash yang menyediakan lampu flash yang lebih cerah sehingga 10 kali ganda berbanding siri Reno13, manakala Reno14 F mempunyai dual-flash yang lebih cerah sebanyak dua kali ganda berbanding Reno13 F.

Reno14 dan Reno14 Pro dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 50MP di belakang serta kamera hadapan 50MP. Ia menawarkan pelbagai fungsi khas seperti AI Livephoto 2.0, AI Editor, AI Recompose, AI Perfect Shot, AI Eraser dan AI-Enhanced 4K HDR Video.

OPPO Reno14 Pro 5G

Sistem operasi ColorOS 15 yang berdasarkan Android 15 turut menawarkan pelbagai fungsi AI, seperti AI Mind Space yang menyusun pelbagai maklumat secara automatik, AI Call Summary untuk ringkaskan panggilan telefon, AI Call Translator untuk terjemahkan panggilan telefon dan AI VoiceScribe untuk buat transkripsi audio secara automatik.

Daripada segi kemas kini, setiap varian Reno14 Series akan menerima kemas kini utama ColorOS selama lima tahun.

Setiap telefon dalam siri Reno14 dilengkapi penyejukan kamar wap (vapour chamber), di mana Reno14 dan Reno14 Pro dilengkapi tambahan AI Nano Dual-Drive Cooling System bagi mengawal suhu telefon pada tahap optimum sewaktu bermain game.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Reno14:

OPPO Reno14 Pro 5G

OPPO Reno14 5G

OPPO Reno14 F 5G

Pra-tempahan untuk siri OPPO Reno14 akan dibuka sehingga 12 Julai 2025. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan rebat segera bernilai RM200 dan hadiah menarik bernilai RM2,396. Berikut adalah hadiah yang diberikan dengan setiap pra-tempahan:

TelefonGanjaran untuk pra-tempahan
OPPO Reno14 Pro 5G– Percuma OPPO Care Plus – 1 Year Liquid Protection Plan bernilai RM1,099
– Percuma OPPO Care Plus – 1 Year Screen Protection Warranty bernilai RM599
– Jaminan multi-rantau bernilai RM169
– Aksesori bernilai RM329 (sementara stok masih ada)
– Rebat segera RM200  
OPPO Reno14 5G– Percuma OPPO Care Plus – 1 Year Liquid Protection Plan bernilai RM1,019
– Percuma OPPO Care Plus – 1 Year Screen Protection Warranty bernilai RM499
– Jaminan multi-rantau bernilai RM169
– OPPO Enco Buds3 bernilai RM129 (sementara stok masih ada)
– Rebat segera RM150  
OPPO Reno14 F– Percuma OPPO Care Plus – 1 Year Liquid Protection Plan bernilai RM1,019
– Percuma OPPO Care Plus – 1 Year Screen Protection Warranty bernilai RM499
– Jaminan multi-rantau bernilai RM169
– OPPO Reno14 Series Gift Box bernilai RM129 (sementara stok masih ada)
– Rebat segera sehingga RM150  

Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Reno14 Pro, Reno14 dan Reno14 F. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version