Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno3 dilancarkan di Malaysia: Kamera quad 64MP dan dwi-kamera ‘selfie’ 44MP bermula RM1,699

Terkini, OPPO Malaysia telah melancarkan OPPO Reno3 dan OPPO Reno3 Pro di pasaran Malaysia. Melalui sebuah acara pelancaran dalam talian, siri OPPO Reno3 dilancarkan dengan jolokan prestasi fotografi Ultra Clear 108MP.

Siri OPPO Reno3 ini terbukti menyerlah dengan jolokan prestasi fotografi yang baik termasuk dari segi selfie dengan ciri teknologi Ultra Night Selfie Mode pada dwi-kamera hadapannya. Ciri fotografi lain seperti Ultra Clear 108MP juga merupakan spesifikasi yang anda perlu pertimbangkan. Kehadiran pengecasan pantas VOOD Flash Charge pada kedua-dua versi dan bateri 4025mAh merupakan antara spesifikasi menonjol dalam siri ini. Perbezaan di antara OPPO Reno3 dan versi Pro adalah seperti spesifikasi di bawah.

OPPO Reno3 Pro

OPPO Reno3

Untuk pembelian, anda boleh mendapatkannya secara dalam talian melalui Shopee, Lazada atau OPPO Official Store. Syarikat telco Maxis dan Digi juga bakal menyusul dengan penawaran siri OPPO Reno3 ini. Seperti yang anda lihat pada gambar di atas, anda bakal membawa pulang OPPO Enco W31 bernilai RM259 secara percuma jika anda membeli salah satu daripada OPPO Reno3. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version