Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno4 dengan cas pantas 65W bakal dilancarkan di Malaysia

Terkini, OPPO Malaysia telah mengumumkan bahawa siri OPPO Reno4 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia. Memandangkan acahan mengenai peranti ini sudah mula disiarkan, kami menjangkakan tarikh pelancarannya adalah pada waktu yang terdekat ini.

Siri OPPO Reno4 terdahulunya dilancarkan di pasaran China. Model sebelumnya iaitu siri OPPO Reno3 juga dilancarkan pada tahun ini tidak lama sebelum berita mengenai kewujudan siri OPPO Reno4 dikhabarkan.

Anda boleh membaca berita lepas untuk spesifikasi siri OPPO Reno4, namun anda perlu diingatkan bahawa ciri spesifikasi dan varian yang bakal hadir di Malaysia tidak semestinya sama dengan varian di pasaran China.

Apakah yang akan ditawarkan oleh siri OPPO Reno4 memandangkan model ini tidak mengambil masa yang lama untuk muncul selepas siri OPPO Reno4? Beritahu kami pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version