Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno4 dilancarkan di Malaysia: Kamera 48MP, cas pantas 65W bermula RM1,699

Biasanya, dunia telefon pintar mengejar spesifikasi cipset, RAM atau storan besar. Berlainan dengan siri OPPO Reno4 kali ini, ia tampil dengan menawarkan beberapa ciri teknologi menarik yang bakal menonjolkan kreativiti anda. Terkini, OPPO Malaysia telah melancarkan siri baru yang terdiri daripada OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro di pasaran Malaysia.

Siri peranti kelas pertengahan OPPO kali ini hadir dengan reka bentuk premium, seiring dengan spesifikasi yang bukan sahaja menyerlahkan ciri fotografi, tetapi juga ciri videografi. Tidak meninggalkan spesifikasi lain, siri ini hadir dengan pengecasan pantas Super VOOC 65W dan skrin melengkung 3D 90Hz. Apakah spesifikasi asas lain siri OPPO Reno4? Semak di pautan OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro, semak di bawah!

OPPO Reno4 Pro

Untuk pengetahuan anda, OPPO Reno4 dan versi Pro bukan sahaja berbeza pada beberapa spesifikasi, tetapi juga pada beratnya. OPPO Reno4 hadir dengan berat 165g, berbeza dengan versi Pro seringan 161g sahaja. Tetapan kamera utama juga berbeza kerana versi Pro dihuni sensor 48MP IMX586.

Selain itu, salah satu perkara yang menonjol pada siri OPPO Reno4 adalah ciri kameranya. Teknologi kamera AI tampil dengan mod AI Color Portrait untuk gambar dan rakaman video anda. Mod ini membolehkan anda bermain dengan warna-warna pilihan RGB (merah, hijau dan biru) dalam rakaman. Turut hadir, mod gerak perlahan Slow-Mo sehingga 960fps.

Untuk waktu malam, terdapat mod Ultra Night Selfie, Ultra Dark Mode 3.0 dan mod Night Flare Portrait untuk pemotretan pada waktu malam.

OPPO Reno4

Untuk versi lebih berpatutan, OPPO Reno4 memiliki kapasiti bateri 4015mAh dengan sokongan cas pantas 30W, manakala versi Pro dengan kapasiti bateri 4000mAh bersama cas pantas SuperVOOC 2.0 65W.

Anda boleh mula membuat pra-tempahan Siri Reno4 pada 3 hingga 7 Ogos 2020 dengan harga RM2399 bagi varian Pro dan RM1699 bagi varian standard. Pelanggan yang membuat pra-tempahan Reno4 Pro akan menerima hadiah tambahan bernilai RM398, termasuk fon telinga OPPO Enco W31 TWS berjumlah RM259 dan 1 tahun jaminan perlindungan skrin berjumlah RM139. Jika anda pra-tempah OPPO Reno4, anda akan menerima 1 tahun jaminan dipanjangkan berjumlah RM119.

Jika anda ingin terus membelinya, ia bakal mula dijual bermula dari 8 Ogos di semua Kedai Konsep OPPO, laman web rasmi OPPO, kedai pengedar rasmi OPPO, Lazada, Shopee, rakan telco dan rakan kedai rangkaian OPPO. Terdapat pelbagai penawaran menarik seperti yang dipaparkan melalui gambar-gambar di atas.

Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version