Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno5 5G bakal dilancar di Malaysia 18 Januari ini, harga sekitar RM2,000

Pada awal Disember 2020 yang lalu, siri OPPO Reno5 5G telah dilancar di pasaran China, disusuli dengan OPPO Reno5 Pro+ 5G. Terkini, laman rasmi OPPO Malaysia telah memaparkan tarikh rasmi pelancaran siri OPPO Reno5 5G di Malaysia, iaitu pada 18 Januari 2020.

Baru-baru ini, OPPO Malaysia telah mengacah kehadiran siri OPPO Reno5 5G ini. Paparan tarikh pelancaran di laman web rasmi kini mengesahkan kemunculan OPPO Reno5. Anda boleh menyemak spesifikasi OPPO Reno5 di pautan atau melalui berita pelancarannya di pasaran China yang lepas.

Menurut OPPO Malaysia, OPPO Reno5 5G bakal dihuni cipset Snapdragon 765G dan OPPO Reno5 Pro dengan cipset MediaTek Dimensity 1000. Tambah OPPO, peranti 5G ini akan dijual di Malaysia dengan harga sekitar RM2,000 sahaja.

Apa pun, kita perlu menunggu pelancarannya di Malaysia untuk mengetahui varian OPPO Reno5 manakah yang bakal dijual di negara ini. Adakah anda berminat dengan OPPO Reno5? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OPPO Malaysia

Exit mobile version