Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno5 5G rasmi di Malaysia: Kamera 64MP, Super AMOLED 90Hz, cas 65W, bermula RM1,899

Akhirnya, siri OPPO Reno5 kini telah dilancar secara rasmi di negara Malaysia. Siri OPPO Reno5 ini hadir secara rasmi buat kali pertama di pasaran China, disusuli dengan OPPO Reno5 Pro+. Namun, OPPO Malaysia hanya mengumumkan OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro sahaja setakat ini.

Siri OPPO Reno5 memiliki perbezaan dan persamaan di antara kedua-dua model. Antara perbezaan di antara varian standard dan varian Pro adalah spesifikasi skrin, varian RAM dan storan. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

OPPO Reno5 5G

OPPO Reno5 Pro 5G

Siri OPPO Reno5 5G memiliki pelbagai ciri fotografi dan rakaman istimewa seperti Dual-View Video, AI Highlight Video, Night Flare Portrait, Portrait Beautification Video dan penstabilan UltraSteady Video 3.0.

Selain itu, siri OPPO Reno5 5G turut menyokong resolusi HD untuk tontonan Netflix dan Amazon Video Prime.

Untuk pengetahuan anda, pra-tempahan sudah bermula sekarang sehingga 26 Januari 2020. Anda boleh mula membuat pra-tempahan di laman rasmi OPPO Malaysia dan layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM397. Pra-tempahan secara berpasangan (rakan, pasangan atau ahli keluarga anda) melayakkan anda dan pasangan mendapat Limited BFF Friendship Phone Case dan potongan harga sebanyak RM100.

Siri OPPO Reno5 5G akan dijual di pasaran Malaysia bermula pada 27 Januari 2021 di laman rasmi OPPO, Shopee, Lazada dan mana-mana pengedar sah OPPO. OPPO Malaysia turut memberi hadiah kad Starbucks percuma bernilai RM20 untuk 1000 pelanggan siri OPPO Reno5 5G pertama.

Adakah anda akan mendapatkan siri OPPO Reno5 5G? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version