Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno5 dengan cipset Snapdragon 765G dan Dimensity 1000+ dikesan dalam Geekbench

Sebelum ini, siri OPPO Reno5 dilaporkan akan terdapat dalam tiga varian dengan yang dibezakan dengan cipset. Kini maklumat terbaru daripada perkhidmatan penanda aras Geekbench mengatakan OPPO Reno5 mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 765G dan Dimensity 1000+.

Menurut sebuah ujian Geekbench yang dilakukan pada 23 November, OPPO Reno5 dengan nombor model PEGM00 akan dilengkapi cipset Snapdragon 765G manakala OPPO Reno5 Pro dengan nombor model PDST00 pula akan dilengkapi cipset Dimensity 1000+. Kedua-duanya mempunyai sistem operasi Android 11 dan RAM 8GB.

Adakah anda merancang untuk mendapatkan siri OPPO Reno5? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version