Site icon TechNave BM

Siri OPPO Reno7 5G dilancar di Malaysia: Telefon dengan mod potret khas bermula RM1,999

OPPO Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu OPPO Reno7, terdiri daripada OPPO Reno7 5G dan OPPO Reno7 Pro 5G. Selari dengan slogan “Portrait Expert”, ciri utama telefon ini adalah pada kameranya yang menawarkan pelbagai fungsi khas untuk mod potret.

OPPO Reno7 Pro 5G dilengkapi sensor kamera utama Sony IMX766 di belakang dan sensor Sony IMX709 untuk kamera hadapan, iaitu dua sensor kamera yang sering dilengkapi dalam telefon kelas andalan untuk prestasi fotografi yang tinggi. Fungsi Mod Potret telefon ini boleh melaraskan 25 saiz apertur dalam kameranya antara f/0.95 hingga f/16 untuk menghasilkan efek latar belakang kabur yang sesuai untuk pelbagai situasi.

Untuk video pula, ia turut menawarkan fungsi Bokeh Flare Portrait Video untuk menghasilkan latar belakang yang kabur sewaktu merakam. Selain itu, AI Highlight Video pula boleh menangkap butiran yang tinggi dalam mod Live HDR serta Ultra Night Video pada waktu malap.

Fungsi video lain yang ditawarkan dalam Reno7 termasuklah AI Colour Portrait Video, Dual-View Video, Portrait Retouching, Ultra Steady Video, Focus Tracking, Ultra-Clear 108MP dan Flash Snapshot.

Selain itu, siri Reno7 dibina dengan teknologi Laser Direct Imaging untuk menghasilkan permukaan unik di bahagian belakang, di mana warna Startrails Blue boleh berubah mengikut cahaya persekitaran dan mempunyai hiasan mirip laluan cahaya bintang.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Reno7:

OPPO Reno7 5G

OPPO Reno7 Pro 5G

Pra-tempahan untuk siri OPPO Reno7 dibuka bermula hari ini sehingga 4 Mac 2022. Untuk maklumat lanjut tentang pra-tempahannya boleh diketahui di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri OPPO Reno7 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version